'Saya takkan mungkir janji, serah kuasa kepada Anwar'

 Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi janji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya.

Dalam satu wawancara dengan media Turki, TRT World, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan sesekali memungkiri janji itu.

“Saya takkan memungkiri janji saya sendiri. Apa saja yang berlaku, saya akan kekal dengan janji yang dibuat,” katanya.

Hos rancangan One to One, Imran Garda sebelum itu bertanya mengenai video seks melibatkan seorang menteri kanan dan kaitan dengan rancangan peralihan kuasa.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam laman blognya menegaskan beliau tidak sanggup diperalat oleh dalang yang berniat jahat membuat dan menularkan satu rakaman video intim bagi menjatuhkan pemimpin tertentu.

Katanya, kes video terbabit akan ditangani sebagai isu politik kerana sekiranya beliau mengambil sebarang tindakan maka ia bermakna perancangan dalang terbabit telah berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin sokong Tun M jadi PM hingga akhir penggal

Dalam pada itu, Mahathir memberikan jawapan sama apabila diminta menggambarkan hubungannya dengan Anwar daripada seorang musuh kepada kawan.

Artikel Berkaitan:

“Saya sudah setuju apabia saya berundur, beliau (Anwar) akan ambil alih jawatan Perdana Menteri. Itu janji yang dibuat dan saya akan berpegang dengan janji itu,” katanya.