Tiada keperluan perbaharui sokongan terhadap Anwar

Amirudin ketika menjawab soalan media di Dewan Negeri Selangor.
Amirudin ketika menjawab soalan media di Dewan Negeri Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada keperluan memperbaharui sokongan terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan jawatan itu tidak pernah dicabar.

Pengerusi PKR Selangor, Amirudin Shari berkata, pimpinan Selangor menyokong penuh kepimpinan parti termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Sokongan itu tak pernah dipertikaikan, kenapa nak memperbaharui sokongan? Bagi saya belum nampak kewajaran berbuat demikian. Tapi kalau nak sokong, sokonglah.

"Di Selangor, kita berpendirian tetap menyokong seluruh kepimpinan parti termasuk Mohamed Azmin sebagai Timbalan Presiden dan barisan kepimpinan lain yang juga mendapat suara majoriti," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin berkata, tindakannya tidak menurunkan tandatangan dokumen sokongan kepada presiden tidak perlu dipersoalkan.

"Dokumen sokongan itu bertujuan pengukuhan Anwar sebagai presiden parti yang perkara itu tidak pernah menjadi pertikaian dalam parti.

"Melainkan ada usul tidak percaya kepada kepimpinan presiden. Sehingga habis penggal ini tidak akan berlaku rampasan kuasa, tak perlu isu dokumen perbaharui tekad sokong kepimpinannya," katanya.

Terdahulu, hanya tiga Pengerusi PKR negeri iaitu Selangor, Sarawak dan Johor belum menandatangani dokumen menyokong penubuhan Majlis Pengerusi-Pengerusi Pimpinan PKR Negeri (MPPPN-PKR) yang antara lain mengandungi sokongan terhadap Presiden PKR.

Artikel Berkaitan: