150 pelumba beraksi Givi Rimba Raid di Janda Baik

Sebahagian peserta perlumbaan bergambar kenangan sempena majlis pelancaran hari ini.
Sebahagian peserta perlumbaan bergambar kenangan sempena majlis pelancaran hari ini.
A
A
A

BENTONG - Cabaran perlumbaan Givi Rimba Raid keenam menampilkan 150 peserta dari 20 negara yang kini berlangsung di Janda Baik, di sini bermula 26 hingga 28 Julai 2019.

Pengarah Kewangan, Faudzi Din berkata, acara terpencil yang dahulunya dikendalikan pelumba tempatan, kini berkembang ke peringkat antarabangsa yang mampu menarik perhatian pelumba pelbagai tahap kemahiran dan pengalaman.

Menurutnya, Singapura menghantar pasukan terbaik mereka dengan lebih 42 pelumba, manakala Thailand membentuk kumpulan kedua terbesar iaitu 22 peserta.

"Tidak ketinggalan menghantar penyertaan ialah Jepun, Vietnam, China, Indonesia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Kanada, Australia dan beberapa lagi buah negara.

"Malaysia menghantar 86 pelumba yang diketuai Juara Givi Rimba Raid Mat Daling 2018, Mohd Habibullah Mohd Salleh," katanya.

Acara ini disokong oleh Pejabat Pelancongan, Kesenian & Budaya Kementerian Pahang (MOTAC).
Acara ini disokong oleh Pejabat Pelancongan, Kesenian & Budaya Kementerian Pahang (MOTAC).

Kejohanan ini turut menampilkan barisan motosikal terbaik dari pelbagai jenama pengeluar seperti BMW, Ducati, Honda, Suzuki, Yamaha, Kawasaki dan KTM.

Artikel Berkaitan:

"Turut membuat penampilan ialah Benelli yang menampilkan model Leoncino dalam perlumbaan ini.

"Paling menarik empat peserta wanita dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand bakal bersaing menentang 146 peserta lelaki dalam perlumbaan yang menguji kemahiran, ketahanan dan ketabahan peserta," katanya pada sidang akhbar semalam.

Selain Givi sebagai penaja utama, kejohanan ini turut disokong oleh Pejabat Pelancongan, Kesenian & Budaya Kementerian Pahang (MOTAC), Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), dan pelbagai badan kerajaan utama seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Kesihatan, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Bentong.

Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma.