Lori tangki minyak tiba-tiba terbalik

Lori tangki dipandu lelaki berusia 48 tahun itu terbalik dan menyebabkan tumpahan minyak.
Lori tangki dipandu lelaki berusia 48 tahun itu terbalik dan menyebabkan tumpahan minyak.
A
A
A
LEMBAH BERINGIN - Lori tangki membawa muatan minyak petrol dan diesel terbalik di Kilometer 410.2 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah Utara, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi, kenderaan berat yang terbalik itu menyebabkan berlaku sedikit tumpahan minyak di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, lori tangki tersebut dalam perjalanan dari arah Putrajaya ke Perak dipandu lelaki berusia 48 tahun.

Menurutnya, lori terbabit terbabas sendiri di sebelah kiri jalan namun pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Terdapat sedikit tumpahan minyak di lorong kecemasan. Kerja pembersihan dalam tindakan dan trafik berjalan lancar," katanya.
Artikel Berkaitan: