Bagi Cheng Hoe tiga tahun

34
34
A
A
A

TAN Cheng Hoe perlu diberikan peluang mengendalikan Harimau Malaya sekurang-kurangnya tiga tahun bagi dinilai prestasi sebenar pengendali berusia 50 tahun berkenaan.

Bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, tempoh itu sesuai kerana pada waktu berkenaan segala transformasi dan falsafah bola sepak cuba diserapkan bekas pengendali Kedah secara kebiasaannya sebati dalam jiwa skuad kendaliannya.

Menurutnya lagi, cabaran lebih besar seharusnya diberikan kepada Cheng Hoe selepas pengendali berkenaan berjaya mencapai indeks petunjuk prestasi (KPI) layak ke final saingan Piala AFF Suzuki 2018 ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Saya lihat Cheng Hoe berjaya bawa perubahan terhadap skuad Harimau Malaya seperti dibuktikannya semasa saingan Piala AFF Suzuki 2018 lalu, walaupun skuad negara kecundang kepada Vietnam pada perlawanan akhir berkenaan.

"Beberapa perkara seperti semangat pemain Harimau Malaya tidak lagi seperti dulu, Cheng Hoe juga berjaya mengadunkan pemain lama dan baharu untuk bergerak dalam satu unit sepanjang saingan kempen berkenaan berlangsung.

"Paling penting Cheng Hoe berjaya membuktikan kredibiliti jurulatih tempatan kita juga mampu bersaing dengan jurulatih asing yang mengendali beberapa pasukan lain di pentas Piala AFF Suzuki lalu," katanya ketika diminta mengulas mengenai status Cheng Hoe sebagai pengendali Harimau Malaya yang bakal berakhir pada 31 Disember ini.

Sebelum ini, FAM memaklumkan bahawa kedudukan Cheng Hoe akan diputuskan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan pada awal Januari depan.

Pada 7 Disember 2017, FAM mengumumkan pelantikan Cheng Hoe ketika itu penolong jurulatih skuad negara sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya baharu menggantikan Nelo Vingada yang mengumumkan peletakan jawatan.

Artikel Berkaitan:

Menurut Vingada peletakan jawatan itu diambil selepas bertanggungjawab dengan prestasi pasukan kebangsaan..