MELAKA TENGAH - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun. Bagaimanapun, Zainal Abidin Zakaria, 44, yang juga bekas tukang kebun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail. Berdasarkan kedua-dua kertas pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan mencium mulut dan kemaluan mangsa selain tertuduh menyuruh mangsa menghisap kemaluannya. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan di sebuah bilik hotel di Taman Kesidang sekitar jam 1 hingga 3 petang pada 5 Mei lalu. Manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tu di belakang sebuah rumah di Bertam Malim antara jam 1 hingga 3 petang pada 3 Jun lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh manakala tertuduh diwakili peguam bela,. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim meminta mahkamah memberikan jaminan RM20,000 seorang penjamin dan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa sekeluarga. Bagaimanapun, Mohd Fadzlullah Ramlee merayu supaya jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya yang menghidap kencing manis kronik hanya mendapat wang pencen sebanyak RM1,050 sebulan. "Tertuduh juga menanggung dua anak berusia 10 dan 13 tahun, isteri dan juga ibu mertua selain bekerja sebagai tukang kebun bagi menambahkan pendapatan," katanya. Norma kemudian menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh tidak mengganggu mangsa sepanjang kes dibicarakan selain turut menetapkan kes disebut semula pada 22 Ogos ini.