Pasir Gudang: Sesi 'townhall' dengan penduduk 4 Ogos

Mohd Khuzzan pada sidang media hari ini.
Mohd Khuzzan pada sidang media hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk Pasir Gudang berhubung pencemaran dan gangguan kesihatan di sini, bulan depan.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, sesi itu bertujuan untuk memperjelaskan isu-isu yang berlaku di kawasan berkenaan.

"Pada 4 Ogos ini, kita akan adakan sesi 'townhall' bersama dengan penduduk Pasir Gudang jam 10 pagi di tingkat tiga, Menara Aqabah (Majlis Perbandaran Pasir Gudang).

"Sesi ini bagi memperjelaskan berkenaan isu-isu di Pasir Gudang," katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak menuntut kerajaan negeri segera mengadakan sesi 'townhall' bersama penduduk bagi menjelaskan isu pencemaran yang berlaku di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan: