Reman suspek pijak Quran disambung

Laporan Sinar Harian pada 19 Julai lalu.
A
A

TANAH MERAH - Polis mengesahkan gadis dipercayai memijak al-Quran dalam kejadian di Kampung Kusial di sini disambung reman dua hari sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kes berkenaan.

"Siasatan dijalankan secara menyeluruh di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini, kesemuanya masih dalam tahanan sementara menunggu arahan selanjutnya daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kes terbabit, seramai empat remaja perempuan ditahan polis selepas video aksi seorang remaja perempuan memijak al-Quran tular.

Kesemua mereka ditahan polis antara jam 11 malam dan jam 2.30 pagi Jumaat lalu.

Kelmarin, dalam temu bual secara langsung melalui Facebook 'Kelate Kita, bapa remaja mahu dikenalli sebagai Roslan itu mengharapkan masyarakat tidak menyalahkan anaknya yang juga lembam dan lurus bendul.

Roslan berkata, walaupun usia anaknya sudah 17 tahun, namun pemikirannya masih seperti kanak-kanak 8 tahun.

Dalam temubual itu juga, keluarga turut mempertahankan gadis berkenaan dan aksi yang dilakukan bukan secara rela, sebaliknya dipaksa oleh rakan yang juga turut merakam perbuatan gadis itu.

Ekoran penyebaran video berkenaan, kakak remaja terbabit membuat laporan polis untuk mempertahankan maruah keluarga dan mengharapkan kes tersebut disiasat sewajarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Biadab, pijak al-Quran bersumpah zina

Pijak al-Quran: Empat remaja perempuan ditahan

Kes pijak al-Quran beri tempias pemerintahan Islam Kelantan

Pijak al-Quran: Jangan terus menghukum pelaku

Mengaku zina, pijak al-Quran aibkan Kelantan, kata Imam Tua


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia