Ini gol terbaik saya: Harry Kane

Kane melakukan rembatan dari tengah padang untuk menewaskan penjaga gol Juventus. Foto AFP
Kane melakukan rembatan dari tengah padang untuk menewaskan penjaga gol Juventus. Foto AFP
A
A
A

GOL jarak jauh yang dijaringkan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) menentang Juventus di Singapura malam tadi menjadi siulan peminat-peminat bola sepak seluruh dunia.

Dalam aksi itu, Kane yang menerima hantaran Lucas Moura melakukan rembatan dari tengah padang untuk menewaskan penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny yang sedikit terkeluar daripada posisinya.

Bagi Kane yang juga kapten England, gol tersebut merupakan antara yang terbaik pernah dihasilkan dalam kariernya.

"Sukar untuk menafikannya, tetapi ia mungkin salah satu daripada jaringan terbaik dalam kerjaya saya.

"Saya melihat kedudukan penjaga gawang (Szczesny) agak jauh dari garisan gol, jadi saya fikir jika saya berpeluang untuk melepaskan sepakan, saya akan terus melakukan rembatan.

"Saya gembira kerana mendapat peluang daripada Lucas (Moura) dan gembira bola itu menerjah jaring," katanya.

Kane yang masuk sebagai pemain gantian di babak kedua turut mengakui gembira dengan persiapan pasukannya sebelum musim baharu Liga Perdana Inggeris dibuka tirainya pada Ogos depan.

""Ia sangat bagus apabila mendapat peluang beraksi selama 45 minit. Ini adalah permulaan yang baik untuk kempen pra-musim, semua orang bekerja keras.

Artikel Berkaitan:

"Cuaca sangat panas di sini, jadi ia pasti akan membuatkan kami cergas. Kami menantikan perlawanan seterusnya dan selepas itu kita lihatlah bagaimana keadaannya," katanya lagi.

Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 3-2 memihak Spurs.

Selepas ini, skuad kendalian Mauricio Pochettino dijadual menentang Manchester United, pada Khamis.