Anwar akan terus kerjasama dengan Azmin

Gambar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dirakam pada Kongres PKR ke-13 di IDCC Shah Alam, November tahun lalu. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Gambar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dirakam pada Kongres PKR ke-13 di IDCC Shah Alam, November tahun lalu. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PORT DICKSON - [DIKEMASKINI] Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan tetap bekerjasama bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, Mohamed Azmin dilantik sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan parti lalu dan beliau tiada sebarang masalah untuk bekerjasama sebagai satu pasukan.

"Azmin adalah Timbalan Presiden. Kami akan bekerja sebagai satu pasukan.

“Kami akan sentiasa berberbincang dan bersama dalam mesyuarat. Tiada masalah," kata beliau Pada sidang akhbar selepas Program Temu Rapat PKR di Port Dickson tengah hari tadi.

Ketika ditanya berhubung masalah melibatkan kepimpinan PKR, Anwar menegaskan setiap parti ada masalah tersendiri namun mereka perlu berhadapan dan menyelesaikannya sebaik mungkin.

“Mamang saya mengakui ada masalah dalam parti. Mana-mana parti politik pin sama, ada masalah mereka dan kita perlu hadapi masalah itu.

“Tapi apa yang penting semangat ahli dan saya nampak mereka mahu terus bergerak ke depan,” ujarnya.

Baru-baru ini, Anwar menegaskan masalah dalaman PKR perlu diselesaikan segara untuk memastikan negara dapat diurus dengan baik.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata persefahaman antara semua parti gabungan Pakatan Harapan (PH) perlu dikukuhkan demi kestabilan negara.

“Dengan dukungan kita terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang saya sudah kenal lama dan gaduh pun lama, saya tahu satu perkara yang tidak boleh dipertikai, Tun sangat suka dengan negara ini.

“Semangat untuk negara terlalu kuat sebab itu dia (Dr Mahathir) mahu mengangkat negara ini. Kita dalam PKR ada sedikit sebanyak masalah perlu dileraikan segera sebab kita ada tanggungjawab (bangunkan negara),” katanya.

Anwar sebelum ini berulang kali menegaskan PKR masih kekal bersatu di sebalik beberapa isu melanda parti tersebut sejak kebelakangan ini.

‘Perbalahan’ melibatkan Anwar dan Azmin hangat diperkatakan sebelum ini selepas kedua-dua pemimpin itu berbalas kenyataan ketika ditemu bual media.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin tak hadir Temurapat PKR di Port Dickson?