Rafiei dilantik Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan

 Rafiei Mustapha
Rafiei Mustapha
A
A
A

SEREMBAN - Pemangku Pesuruhjaya Pas, Negeri Sembilan Rafiei Mustapha dilantik sebagai pesuruhjaya negeri yang baharu bagi sesi 2019-2021.

Rafiei dalam kenyataan di sini berkata, perlantikan beliau ke jawatan itu telah diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis penyerahan watikah di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur, 10 Julai lepas.

"Pelantikan ini merupakan satu amanah besar yang perlu diterima dengan kesyukuran serta doa," katanya.

Dalam pada itu, Kompleks Pas Negeri Sembilan di Kampung Ismail, Jiboi yang sebelum ini dalam pembinaan telah mula beroperasi, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: