PKR akan musnah lebih cepat: Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
A
A
A

GUA MUSANG - Pergeseran antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal memecahkan parti itu dengan lebih cepat.

Ahli Parlimen, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, peperangan antara dua kumpulan itu akan membawa kemusnahan dalaman parti berkenaan.

"Ini yang dinamakan perpecahan dari dalam yang boleh membinasakan kerana masing-masing mengisytiharkan kekuatan mereka.

"Konflik ini turut membuktikan bahawa mereka tidak berusaha untuk membantu rakyat namun lebih kepada kepuasan untuk pangkat dan jawatan semata-mata.

"Semua yang dijanjikan kepada rakyat hanyalah pembohongan kerana tiada usaha ke arah itu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian hari ini.

Tambah beliau lagi, pergeseran ini juga memberi bonus kepada UMNO.

"Kita harap mereka berjaya pecahkan parti dia," katanya.

Artikel Berkaitan: