PKR Negeri Sembilan sokong Anwar

Datuk Seri Aminuddin Harun
Datuk Seri Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - PKR Negeri Sembilan tetap akan berdiri teguh di belakang Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun timbul pelbagai dakwaan yang parti itu kini berpecah.

Pengerusinya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, mereka juga menghormati kepimpinan Anwar dan mesej itu akan disampaikan kepada jentera parti di peringkat akar umbi.

"Saya tahu pagi tadi di Ibu Pejabat PKR beberapa Pengerusi PKR Negeri menandatangani menyatakan sokongan kepada Presiden, cuma saya tidak berpeluang untuk pergi kerana ada urusan.

"Malam ini ada majlis Pimpinan PKR bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar, kita akan nyatakan sokongan," katanya.

Ditanya mengenai kemelut antara Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Aminuddin bagaimanapun enggan mengulas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh bulan madu Pakatan Harapan sudah berakhir

Terdahulu Sinar Harian melaporkan setakat pagi tadi, enam Pengerusi PKR negeri dari Perlis, Kedah, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Kelantan telah menandatangani dokumen menyatakan sokongan kepada Anwar

Mereka turut menubuhkan Majlis Pengerusi-pengerusi Pimpinan Negeri PKR dan Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul diangkat menjadi koordinator majlis berkenaan.

Artikel Berkaitan: