Empat maut letupan berhampiran Universiti Kabul

Api marak dan asap tebal kelihatan selepas bom meletup berhampiran Universiti Kabul hari ini.
Api marak dan asap tebal kelihatan selepas bom meletup berhampiran Universiti Kabul hari ini.
A
A
A

KABUL - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan berbelas mangsa cedera dalam letupan bom berhampiran Universiti Kabul hari ini.

Kejadian berlaku di bahagian selatan pintu masuk universiti berkenaan.

"Empat orang mati dan 16 lagi cedera akibat letupan kuat di Kabul," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Tweetidullah Mayar sambil menambah semua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.

Sementara itu, seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri mengesahkan angka kematian tersebut tetapi memberikan jumlah mangsa yang cedera adalah empat orang.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. - AFP

Artikel Berkaitan: