Haneesya Hanee dikecam: Bukan nak meraih simpati

4e
4e
A
A
A

PELAKON baharu, Haneesya Hanee, menerusi Instagramnya memuatnaik status panjang lebar berhubung isu dirinya yang dikutuk netizen.

Menurut Haneesya juga merupakan Dewi Remaja 2018/2019, berkata, tujuannya memuatnaik status tersebut adalah untuk menyuarakan bagi pihak yang tidak mampu tampil untuk bersuara.

"Ternyata anda tidak ambil kisah tentang masalah ini, tetapi di luar sana berjuta-juta orang, lelaki dan perempuan tertekan sebab masalah ini.

"Selagi saya hidup saya akan terus bercakap fasal masalah ini. Ini bukan sebab warna kulit sahaja, malah berkaitan kes buli, cyberbully, rasis dan banyak lagi.

"Kalau anda rasa saya buat semua ini untuk mendapatkan perhatian, maknanya anda salah seorang yang berfikiran sempit," katanya.

Tambah Haneesya, ia tidak semudah yang difikirkan untuk mencari sisi positif apabila saban hari orang bercakap mahupun mengutuk dan menghina tentang diri anda.

"Saya okay dengan orang cakap buruk fasal saya, namun macam mana dengan ornag lain yang tidak mampu untuk bersuara? Siapa yang akan bercakap untuk mereka?

"Ya Dewi Remaja adalah tentang bakat dan saya dapat masuk sebab berbakat. Kalau tidak, saya tak terpilih. Sepatutnya ini tidak ada kaitan dengan Dewi Remaja.

Artikel Berkaitan:

"Sudah lama saya bercakap tentang masalah sejak 2017. Bahkan, saya buat semua ini bukan untuk meraih simpati orang atau nak menangi hati orang sebab nak menang Dewi Remaja," ujarnya berdiri bagi pihak yang lemah dan disakiti

Haneesya turut berkata, menang atau kalah dalam program realiti yang diikutinya itu tidak penting.

"Jika menang ia adalah bonus. Kemenangan utama bagi saya adalah untuk memastikan mesej sampai kepada umum dan harap akan ada perubahan untuk membantu orang seperti saya," akhirinya.