Pas Selangor umum senarai pimpinan baharu

Roslan Shahir
Roslan Shahir
A
A
A

SHAH ALAM - Pas Selangor mengumumkan senarai jawatankuasa pimpinan baharu bagi sesi 2019/2021 selepas ia diputuskan dalam satu mesyuarat semalam.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, mesyuarat pertama bagi sesi 2019/21 dipengerusikan Pesuruhjayanya, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Menurutnya, termasuk dalam senarai itu adalah ketua-ketua dewan yang dipilih sebelumnya oleh dewan masing-masing.

“Selain ketua dewan, semua penyandang bagi setiap portfolio adalah muka baharu.

“Senarai nama pimpinan Dewan Harian Pas Negeri Selangor sesi 2019/21 ini diputuskan oleh mesyuarat selaras dengan peruntukan Perlembagaan Pas,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Pas mengumumkan ADUN Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor baharu menggantikan Sallehen Mukhyi.

Ahmad Yunus dilantik pada Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang bersidang, 6 Julai lalu.

Beliau sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor 1 pada penggal lepas.

Artikel Berkaitan:

Berikut senarai pimpinan Dewan Harian Pas Negeri Selangor sesi 2019/21 yang telah diputuskan oleh mesyuarat selaras dengan peruntukan Perlembagaan Pas:

Pesuruhjaya

Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi

Timbalan- timbalan Pesuruhjaya

1. Mohd Shafie Ngah

2. Noor Najhan Salleh

3. Dr Mohd Fuad Mohd Salleh

Setiausaha Perhubungan

Roslan Shahir Mohd Shahir

Ketua Penerangan

Syarhan Humaizi Abd Halim

Bendahari

Hasnizan Harun

Pengarah Pilihanraya

Rosli Jusoh

Ketua - ketua Dewan

1. Pemuda: Hanafi Zulkapli

2. Muslimat: Wan Hasrina Wan Hassan

3. Ulamak: Rizuan Rahmat

4. Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP): Datuk K Deepakaran