Pembantu kedai maut digilis lori

Keadaan lokasi kejadian yang meragut nyawa seorang pembantu kedai aksesori hari ini.
Keadaan lokasi kejadian yang meragut nyawa seorang pembantu kedai aksesori hari ini.
A
A
A

JERANTUT - Seorang pembantu kedai maut dalam kemalangan di Kilometer 1 Jalan Jerantut - Maran di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu, mangsa Liong Jun Kit,16, berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kejadian melibatkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dan sebuah lori jenis Hino.

"Siasatan awal mendapati mangsa cuba mengelak kon menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan bergesel dengan lori. Mangsa terjatuh dan digilis tayar belakang lori.

"Ujian air kencing telah diambil dan pemandu lori berusia 29 tahun itu didapati positif methamphetamine," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut akan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: