KPLB terap kesedaran baharu atasi kemiskinan

Sivarasa (tiga,kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada Azman (tiga, kanan) di Tok Uban.
Sivarasa (tiga,kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada Azman (tiga, kanan) di Tok Uban.
A
A
A

PASIR MAS - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menerapkan kesedaran baharu dalam membantu golongan miskin untuk mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Luar Bandar, R Sivarasa berkata, golongan berkenaan juga perlu diberikan didikan supaya mereka lebih yakin untuk membebaskan diri daripada 'perangkap' kemiskinan.

"Sebab itulah kita amat menitik beratkan soal kesedaran baharu dalam perkara ini kerana ia memerlukan satu strategi yang cukup halus untuk diselesaikan.

"Sebagai contoh, sebelum ini ada keluarga miskin kita berikan mereka lembu dengan harapan bantu ekonomi penerima.

"Namun selepas setahun mereka jual lembu tersebut, tetapi saya tidak salahkan penerima dalam hal tersebut," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, Sivarasa turun padang melawat Azman Chewil yang merupakan pemohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Tok Uban, hari ini.

Dalam kunjungan itu, Sivarasa turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada Azman.

Menurutnya, agensi di bawah seliaan KPLB akan terus digerakkan mengikut kawasan dalam usaha membantu golongan miskin keluar daripada perangkap tersebut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, KPLB akan menggunakan strategi yang berbeza-beza mengikut kesesuaikan sesebuah kawasan itu.

"Sebab itulah kita akan buat pemetaan secara menyeluruh dan bersistematik di semua kawasan supaya memudahkan lagi perancangan dilakukan," katanya.