Mati lemas ketika sedang rakam video Tik Tok

Narasimha didakwa tergelincir dan gagal menyelamatkan diri kerana tidak tahu berenang.
Narasimha didakwa tergelincir dan gagal menyelamatkan diri kerana tidak tahu berenang.
A
A
A

HYDERABAD - Seorang lelaki berusia 22 tahun mati lemas dalam sebuah tasik di pinggir Hyderabad ketika dia sedang merakamkan video untuk dimuat naik ke dalam aplikasi Tik Tok.

Kejadian itu disahkan berlaku pada minggu lalu selepas pihak berkuasa di India merampas video tersebut.

Menurut polis, Narasimha dari daerah Sangareddy di Telangana melawat sepupunya. Prashant di desa Dulapalli pada Selasa lalu.

Kedua-dua mereka kemudiannya mandi-manda di tasik Tumar berhampiran rumah sepupu mangsa.

Mereka masuk ke dalam tasik dan mula mengambil swafoto sambil menari.

Tidak lama selepas itu, Prashant naik ke tebing untuk mengambil video Narasimha.

"Selepas seminit, mangsa cuba ke kawasan lebih dalam tanpa menyedari terdapat parit di dasarnya. Dia kemudiannya tergelincir dan gagal menyelamatkan diri kerana tidak tahu berenang," kata jurucakap polis, M Mahesh.

Mayatnya ditemukan pihak berkuasa sehari selepas itu dan kawasan mangsa tenggelam sedalam kira-kira tiga meter.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, kes itu telah didaftarkan sebagai kematian mencurigakan. - Agensi

Lemas ketika main Tik Tok

Lemas ketika main Tik Tok Seorang lelaki, Narasimha, 22, lemas ketika main Tik Tok di sebuah tasik Hyderabad, India. Dapatkan berita menarik di https://www.sinarharian.com.my/ Untuk lebih banyak bahan menarik, jangan lupa klik di Bio link kami di linktr.ee/sinarharian

Posted by Sinar Harian on Saturday, July 13, 2019