Indonesia bakal bina jambatan terpanjang di Asia Tenggara

Pemandangan Pulau Batam.
Pemandangan Pulau Batam.
A
A
A

JAKARTA - Indonesia merancang membina jambatan sepanjang tujuh kilometer bagi menghubungkan dua pulau berhampiran Singapura tahun depan sebagai usaha membangunkan industri dan pelancongan di kawasan terbabit.

Menurut Pejabat Setiausaha Kabinet, jambatan menghubungkan pulau Batam dan Bintan yang dianggarkan berjumlah empat trilion rupiah (RM1.1 bilion) itu bakal menjadi yang terpanjang di Asia Tenggara.

Pembinaan yang dijadual bermula tahun depan akan mengambil masa tiga atau empat tahun untuk siap.

Jambatan bertujuan memanfaatkan peluasan Lapangan Terbang Changi dengan pembangunan Terminal 5 yang akan mempunyai sambungan pengangkutan ke Bintan.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang menjadikan pembinaan infrastruktur sebagai janji utama dalam pentadbiran penggal pertamanya, berikrar akan terus menyelesaikan masalah kesesakan negara itu dalam penggal kedua beliau yang bermula Oktober depan.

Pentadbiran Jokowi turut berhasrat memasarkan Batam, satu-satunya zon perdagangan bebas Indonesia kepada pelabur yang mahu menempatkan semula kilang di luar China ekoran perang dagangan antara Beijing dan Washington. - Agensi

Artikel Berkaitan: