Semua perlu rasional dengan pelantikan Rania Zara

Dr Hafidzah Mustakim
Dr Hafidzah Mustakim
A
A
A

KOTA BHARU - Semua pihak perlu bersikap rasional berhubung pelantikan Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Jemaah Menteri sejak 2009.

Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Rahmah (Mawar) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Hafidzah Mustakim berkata, masyarakat perlu memahami hakikat bahawa CCM ialah badan yang ditubuhkan untuk menerima bantuan kewangan daripada pihak antarabangsa seperti Global Fund bagi tujuan aktiviti pencegahan HIV/AIDS.

“Ada dalam kalangan ahlinya terdiri daripada transgender dan golongan lain yang terkesan dengan penyakit ini.

"Secara tidak langsung, penglibatan amat diperlukan agar semua pemegang taruh dalam isu ini dapat dilibatkan dan aktiviti pencegahan dan pendidikan dapat mencapai sasaran,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dr Hafidzah berkata, rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memainkan peranan dalam membangunkan negara berlandaskan undang-undang dan perlembagaan negara.

"Semua pihak perlu memahami hakikat sesuatu isu sebelum memberi komen agar tidak bersikap berat sebelah dan tidak berlaku adil dalam membuat penilaian," katanya.

Semalam, tindakan Kementerian Kesihatan melantik seorang lelaki dengan penampilan wanita, Rania Zara sebagai ahli jawatan kuasa CCM mendapat kritikan di media sosial.

Artikel Berkaitan: