Kerat zakar suami sebab tak puas hati

Mangsa enggan menuruti kemahuan isterinya kerana mahu menghukum akibat ketagihan alkohol yang melampau.
A
A

KAMPALA - Gara-gara ajakan untuk melakukan hubungan intim ditolak, seorang wanita di utara Uganda yang tidak berpuas hati tergamak mengerat zakar suaminya.

Petani, Moses Okot, 46, berkata, dia sedang tidur apabila diserang isterinya secara tiba-tiba sebelum menyedari seluar dipakainya berlumuran darah ketika kejadian 30 Jun lalu.

Mangsa mendakwa dia menolak ajakan isterinya, Beatrice Acen, 35, sebagai hukuman kerana ketagihan alkohol yang melampau.

"Sebagai lelaki, saya tidak lagi akan bertolak-ansur. Jadi, saya enggan menuruti kemahuannya dengan harapan dia akan berubah," ujarnya.

Difahamkan, wanita itu melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu dan ia bukan pertama kali dia menggunakan tindakan kekerasan ke atas suaminya.

Lelaki itu telah dibawa ke balai polis untuk membuat aduan ke atas isterinya sebelum dikejarkan ke hospital di wilayah Apac untuk mendapatkan rawatan.

Ketua kampung di tempat pasangan itu tinggal mendedahkan Okot pernah mengalami patah tulang selangka ketika bergaduh dengan isterinya.

Jelasnya, keganasan rumah tangga berlaku secara berleluasa di kampung itu dan jumlah wanita pemabuk juga adalah ramai. - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia