Mus tinggalkan May

Mus - Foto Instagram
Mus - Foto Instagram
A
A
A

PENYANYI yang juga vokalis kumpulan May, Mus memberitahu sudah tidak lagi bersama kumpulan itu sejak Januari lalu.

Menurut Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 51, keputusan itu di buat selepas keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan sejak kebelakangan ini.

"Saya kini bergerak solo sejak Januari lalu. Lagipun keadaan kesihatan saya sekarang ini tidak beberapa baik.

"Sebelum cerita tak sedap didengar selepas ini, lebih baik saya tarik diri," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Tambahnya, keputusan itu di buat bukan kerana dia mempunyai masalah dengan mana-mana anggota kumpulan itu.

"Pengunduran saya ini diharap tidak timbul apa-apa rasa tidak puas hati mana-mana pihak sebab saya mahukan hubungan baik dengan mereka.

"Bagaimanapun saya akan terus menyanyi secara solo dan mungkin akan keluarkan single baharu," ujarnya.

Mus mula bersama May sejak tahun 1986 dan meninggalkan kumpulan itu selepas lima tahun untuk menyertai kumpulan Strangers.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Mus kembali bersama May pada tahun 2002.