Terkejut anak panah tembusi kereta

Theam Lye (tiga dari kanan) menunjukkan kepada Chong Siang anak panah yang menembusi keretanya.
Theam Lye (tiga dari kanan) menunjukkan kepada Chong Siang anak panah yang menembusi keretanya.
A
A
A

KUANTAN - Seorang warga emas tergamam apabila sebatang anak panah tiba-tiba menembusi kereta yang dipandu dalam kejadian di Jalan Beserah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, Tam Theam Lye, 62 yang memandu kereta jenis Suzuki Swift sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau berhampiran sebuah sekolah.

Theam Lye berkata, anak panah berkenaan datang dari sekolah terbabit dan ketika itu terdapat beberapa pelajar sedang melakukan aktiviti sukan memanah.

Menurutnya, anak panah yang dilepaskan seorang pelajar secara tidak sengaja tersasar ke sebelah kiri belakang keretanya.

Anak panah yang menembusi kereta Theam Lye
Anak panah yang menembusi kereta Theam Lye

"Saya masuk bertemu pelajar dan guru serta mereka mengakui kesilapan.

"Saya minta ganti rugi tetapi guru berkenaan memaklumkan hanya mampu membayar RM300 sahaja.

"Saya sudah memaafkan mereka tetapi perkara ini perlu di pandang serius bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chong Siang berkata, masalah di antara mangsa dan pihak sekolah diselesaikan dengan baik tetapi perkara itu perlu diberi perhatian.

"Aktiviti latihan memanah di sekolah ini akan dihentikan buat sementara waktu kerana bahaya.

"Ciri-ciri keselamatan perlu ditingkatkan kerana Ia boleh meragut nyawa orang ramai," katanya.

Aktiviti memanah di sekolah berkenaan dihentikan seketika demi keselamatan
Aktiviti memanah di sekolah berkenaan dihentikan seketika demi keselamatan

Jelasnya, pihaknya akan membantu menaja sekolah menyediakan jaring keselamatan supaya lebih terjamin.

"Sukan ini berpotensi tinggi untuk diketengahkan dan mungkin suatu hari pelajar ini akan main untuk negara.

"Kita akan bantu supaya latihan dapat dilakukan dan pada masa sama tidak mengancam orang lain," katanya.