Objek disimpan rupanya muntah paus berharga

Suwat mendakwa saiz muntah paus itu pada asalnya adalah lebih besar dan berat.
Suwat mendakwa saiz muntah paus itu pada asalnya adalah lebih besar dan berat.
A
A
A

BANGKOK - Seorang nelayan di Thailand tidak menyangka objek yang dibawa pulang dari laut dan disimpan selama lima tahun rupa-rupanya sangat berharga.

Suwat Chitchanthuek, 58, menemukan objek berwarna kuning itu terapung di laut di Rayong, timur negara itu pada 2014 tanpa mengetahui nilainya mencecah 25,000 pound (RM130,504).

Menurutnya, dia baru tahu ia adalah 'muntah paus' selepas mendengar tentang penemuan objek misteri sama menerusi berita.

"Saya rasa sangat menyesal kerana mengikis objek tersebut. Ia adalah ambergris sejenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan minyak wangi," katanya. Difahamkan, ambergris dihasilkan dalam sistem pencernaan ikan paus.

"Jika saya tahu ia sangat bernilai pasti saya akan menjaga dengan lebih baik. Sebelum ini, saiznya lebih besar dan berat. Kadangkala apabila saya bosan, saya akan mengikis objek itu dengan pisau. Kini saya rasa sangat menyesal," ujarnya lagi.

Februari lalu, objek sama ditemukan di selatan Thailand. - Agensi

Artikel Berkaitan: