GIACC buka kaunter isytihar harta di Parlimen

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendapatkan maklumat pengisytiharan harta di kaunter GIACC yang terletak di lobi Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendapatkan maklumat pengisytiharan harta di kaunter GIACC yang terletak di lobi Parlimen, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) membuka kaunter penerangan dan perisytiharan pendapatan dan aset di Parlimen.

Penasihat Undang-undang, A. Kalai Vani berkata, inisiatif ini untuk memberi penerangan kepada Ahli-ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang mengenai prosedur pengisytiharan pendapatan dan aset.

“Kaunter ini dibuka di pintu masuk ruang makan Ahli Parlimen, bermula hari pertama perbahasan Dewan Rakyat iaitu Isnin, Selasa dan Rabu kemudian kita akan datang semula pada hari akhir sesi Parlimen kali ini iaitu pada 18 Julai ini,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Kalai Vani berkata, kaunter GIACC juga terbuka sekiranya Ahli Parlimen bersedia untuk mengisytiharkan pendapatan dan aset mereka.

“Kita buat sesi penerangan, boleh saja kalau nak terus isytihar. Ahli Parlimen perlu isi borang dan kemukan akuan bersumpah, satu salinan untuk Speaker Dewan Rakyat dan satu lagi untuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pengisytiharan ini melibatkan harta alih seperti kereta, saham, harta tak alih meliputi bangunan dan rumah. Lebih mudahnya semua aset atas nama milik mereka,” ujarnya.

Tambahnya, kebanyakan Ahli Parlimen yang singgah di kaunter GIACC terdiri daripada blok pembangkang untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hal itu.

Artikel Berkaitan: