X

Kindly register in order to view this article
!

Terangsang tonton video, murid darjah 6 noda budak 4 tahun

Gambar kecil: Ahmad Adnan
A
A

BATU GAJAH - Seorang murid lelaki darjah 6 ditahan polis dipercayai menodai kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa di sini semalam.

Kejadian itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan kepada ibunya berusia 31 tahun akibat disentuh oleh suspek yang dipanggilnya abang, Khamis minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek ialah anak sulung kepada pengasuh dan mangsa dijaga oleh ibu suspek sejak berusia 2 tahun.

"Mangsa menceritakan suspek ada membuka seluar dan memegang bahagian tersebut tetapi mangsa tidak dapat menceritakan keseluruhan melainkan mengadu berasa sakit.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sebanyak tiga kali bermula awal bulan puasa di mana tarikh sebenar tidak pasti, 31 Mei dan 17 Jun lalu," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan Pakar Obstetrik dan Ginekologi mendapati terdapat kesan koyakan pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah.

"Terdapat kesan kemerahan pada bahagian 'introitus' dan kawasan dubur mangsa disyaki berlaku kemasukan objek tumpul dalam kemaluan mangsa.

"Suspek direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Ahmad Adnan berkata, terangsang menonton video dalam telefon bimbit dipercayai menjadi punca perbuatan suspek itu.

"Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak terutama dalam melayari internet yang mana akan memberi kesan negatif kepada mereka kelak," katanya.