Penumpang dikhuatiri hilang selepas terjatuh feri

Feri - Gambar fail
Feri - Gambar fail
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang penumpang dikhuatiri hilang selepas terjatuh ketika menaiki feri dari Butterworth ke Pangkalan Sultan Abdul Halim pada jam 6.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat dari Polis Bantuan Prasarana Feri terdapat seorang penumpang telah terjatuh dari Feri Pulau Kapas.

Menurutnya, maklumat awal diperolehi daripada seorang saksi feri lain yang ternampak mangsa terjatuh ketika berselisih dengan feri yang dinaiki mangsa.

"Mangsa dikenali sebagai Tham Kok Keong berusia 47 tahun. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut oleh pegawai operasi dalam feri berkenaan mendapati sebuah kereta jenis Honda ditinggalkan tanpa pemandu.

"Semakan mendapati, kereta itu didaftarkan di atas nama Lye Ah Yin@ Lye Foong Yin berusia 73 tahun beralamat di No 4 Lorong Cantik 8, Jalan Permatang Pauh, Butterworth. Kita akan siasat hubung kait pemilik kereta ini dengan mangsa," katanya kepada Sinar Harian sebentar tadi.

Tambahnya, gerakan mencari mangsa akan dijalankan esok pada jam 8 pagi melibatkan polis, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Artikel Berkaitan: