Pelajar kembali muntah, loya, pengsan

Ibu bapa yang mengambil anak mereka pulang selepas didapati muntah ketika sesi persekolah di SK Kopok.
Ibu bapa yang mengambil anak mereka pulang selepas didapati muntah ketika sesi persekolah di SK Kopok.
A
A
A

PASIR GUDANG - Murid dan pelajar sekolah di daerah ini mengalami muntah-muntah, loya dan pengsan pada sesi persekolahan yang dibuka semula selepas ditutup sejak Ahad lalu kerana terjejas dipercayai akibat pencemaran udara.

Mangsa terlibat gangguan kesihatan itu termasuklah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort dan SMK Taman Nusa Damai.

Tinjauan Sinar Harian ke SK Kopok mendapati pelajar yang terjejas dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan lanjut, malah ada juga ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka untuk dibawa pulang.

Murid SK Kopok antara yang terjejas dipercayai akibat pencemaran udara selepas sesi persekolahan dibuka semula hari ini.
Murid SK Kopok antara yang terjejas dipercayai akibat pencemaran udara selepas sesi persekolahan dibuka semula hari ini.

Dua buah ambulans juga turut bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan di sekolah ini.

Difahamkan terdapat pelajar yang terlibat merupakan pelajar yang sama turut terkesan akibat insiden berkenaan minggu lalu.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar bersama Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan serta Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz turut membuat lawatan di sekolah tersebut.

Artikel Berkaitan: