Kes kematian orang asli berpunca kelalaian kerajaan

Tengku Razaleigh memotong pulut kuning simbolik perasmian Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKA GM).
Tengku Razaleigh memotong pulut kuning simbolik perasmian Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKA GM).
A
A
A

GUA MUSANG - Kes yang melibatkan nyawa 15 orang asli suku Bateq Kampung Kuala Koh baru-baru ini adalah berpunca dari kelalaian kerajaan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, isu ini tidak akan menjadi lebih parah sekiranya kerajaan bertindak lebih awal.

Katanya, sepatutnya kerajaan perlu lebih peka dan ambil tahu mengenai masalah orang asli sebelum berakhir dengan tragedi kematian.

"Kerajaan patut bertindak dari awal. Bukan sahaja lambat bertindak, malah umum pengesahan punca penyakit juga ambil masa yang lama.

"Sekarang, timbul pula cadangan untuk pindahkan orang asli ke satu kawasan lain. Ia memerlukan kajian yang mendalam.

"Suku kaum Bateq, berbeza dengan suku kaum lain. Saya nak cadang apa-apa pun susah kerana siasatan dan kajian itu perlu sebelum keputusan dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, di pekarangan Pusat Khidmat Dun Galas, di sini hari ini.

Tambahnya, sama seperti kawasan lain, orang asli melahirkan kemarahan atas faktor tanah.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini pun, kita tiada kuasa untuk tanah. Ia merupakan kuasa kerajaan negeri," katanya.