Yee Fat mahu pemain kekal fokus hadapi baki perlawanan

Pemain Terengganu FC (TFC) Tchetche Hermann Kipre (dua, kanan) diasak oleh pemain Kuala Lumpur Muhammad Irfan Zakaria (kanan) pada saingan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. - Foto Bernama
Pemain Terengganu FC (TFC) Tchetche Hermann Kipre (dua, kanan) diasak oleh pemain Kuala Lumpur Muhammad Irfan Zakaria (kanan) pada saingan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

JURULATIH Kuala Lumpur, Chong Yee Fat mahu pemainnya kekal fokus dalam empat lagi baki perlawanan Liga Super musim ini.

Ia bagi mengelak pasukan itu yang ketika ini berada di kedudukan ke-10 selepas Petaling Jaya City FC, terus jatuh dan tersingkir daripada Liga Super musim hadapan.

Yee Fat berkata beliau sedar dengan situasi pasukan itu yang berada dalam keadaan genting apabila berada dalam kelompok tiga terbawah dan berkongsi jumlah mata yang sama dengan dua lagi pasukan paling bawah iaitu PKNP FC dan Felda United.

"Dengan baki empat perlawanan memang tidak banyak mata yang boleh kita kutip.

“Tetapi kita yakin masih ada peluang dan akan cuba yang terbaik untuk kekal dalam liga ini (Liga Super) pada musim hadapan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Terenggganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Pada pertembungan itu, The City Boys tewas 1-3 kepada Skuad Penyu.

Meskipun tewas, Yee Fat berkata pemainnya wajar diberi pujian kerana sudah memberikan persembahan terbaik biarpun tanpa kelibat penyerang import, Guilherme de Paula yang ditempatkan di bangku simpanan kerana masalah kecergasan.

"Selepas TFC meledak gol kedua pada minit ke-75 melalui pemain pertahanan muda, Muhamad Mohd Faudzi, pemain masih cuba bangkit dan melawan.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi gol ketiga lawan lapan minit kemudian menyebabkan pemain sudah putus harapan dan nampaknya permainan berakhir di situ," katanya.- Bernama