Kematian mendadak orang asli Bateq jadi sejarah hitam

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyifatkan kes kematian mendadak orang asli Batek di Kuala Koh, Gua Musang dalam jumlah yang ramai adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam masyarakat berkenaan.

Pengarah Jakoa Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, ia boleh dianggap sebagai sejarah hitam bagi masyarakat orang asli dan satu perkara yang luar biasa.

"Kita berharap tragedi seumpama ini tidak lagi berulang dan kita menasihatkan mana-mana orang asli yang mempunyai simptom penyakit segeralah mendapatkan rawatan di hospital.

"Selepas kejadian ini kita juga mendapati sudah ada kesedaran dalam kalangan masyarakat orang asli mengenai penyakit terutama yang berjangkit seperti campak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, proses pengebumian 15 jenazah Orang Asli yang meninggal dunia dipercayai akibat demam campak dalam satu liang lahad hari ini mengambil masa selama hampir sejam dan akan sentiasa dikenang oleh penduduk orang asli.

ARTIKEL BERKAITAN: 15 jenazah orang asli Kuala Koh dikebumi hari ini

"Kira-kira 50 penduduk hadir termasuk kaum keluarga mangsa yang meninggal dunia ketika pengembumian," katanya.

Menurutnya hasil pertemuan dengan penduduk orang asli Kuala Koh yang menumpang di Kem PLKN Etnobotani, Gua Musang mendapati sudah wujud kesedaran dalam kalangan mereka mengenai penyakit dan kebersihan.

Artikel Berkaitan:

"Semua penduduk menunjukkan reaksi positif dan Jakoa serta penduduk bakal mengadakan program pembersihan di penempatan mereka selepas kawasan itu diisytiharkan selamat," katanya. - Bernama