Imam Masjid Sultan Azlan Shah maut kemalangan

Juwariyah (kanan) ditenangkan ahli keluarga ketika menunggu jenazah suaminya di HRPB hari ini.
Juwariyah (kanan) ditenangkan ahli keluarga ketika menunggu jenazah suaminya di HRPB hari ini.
A
A
A

IPOH - Hasrat seorang Imam Masjid Sultan Azlan Shah di sini untuk menyempurnakan tugas mengetuai jemaah solat Zuhur hari ini tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Keramat Pulai di sini, hari ini.

Mangsa, Mokhamad Ngifni Abdul Basir, 33, dipercayai meninggal dunia selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan sebelum tercampak ke atas jalan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Bapa saudara mangsa, Abd Munir Mohamed Noh, 49, berkata, Allahyarham bersama abang dan seorang rakannya yang bertugas sebagai muazzin di masjid yang sama dalam perjalanan pulang daripada Cameron Highlands.

"Ketiga-tiga mereka menaiki motosikal berasingan bergegas pulang untuk memastikan mereka sampai sebelum Zuhur memandangkan Allahyarham bertugas sebagai imam pada hari ini.

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 11.45 pagi tadi dan terkejut dengan perkhabaran Allahyarham terkorban," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini hari ini.

Abd Munir berkata, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Juwariyah Sulaiman, 32, serta empat orang anak iaitu Niswatul Iffahas, 6; Niswatul Jannah, 4; Muhamad Al Fateh, 3 dan Niswatul Aafiah, 6 bulan.

"Allahyarham seorang yang sangat peramah dan baik hati. Kalau dalam keluarganya, dia antara yang banyak membantu adik beradik," katanya.

Artikel Berkaitan: