15 jenazah orang asli Kuala Koh dikebumi hari ini

Kesemua jenazah selamat disembahyangkan dan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Koh untuk dikebumikan.
Kesemua jenazah selamat disembahyangkan dan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Koh untuk dikebumikan.
A
A
A

GUA MUSANG - Jenazah orang asli suku Bateq, Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, akan dikebumikan di sini hari ini.

Pada jam 8 pagi tadi, kesemua 15 jenazah mula dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Gua Musang (HGM) untuk disembahyangkan di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

Tepat jam 9.30 pagi, jenazah mula dibawa keluar dari perkarangan masjid untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Koh.

Kerja-kerja pengebumian dijangka akan dimulakan pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari.

Kesemua jenazah akan dikebumikan dalam satu liang lahad.

Terdahulu, 15 orang asli Kampung Kuala Koh, meninggal dunia seorang demi seorang sejak awal Mei lalu dan disahkan berpunca dari radang paru-paru dan demam campak.

Dua daripadanya dikebumikan dengan cara Islam manakala selebihnya dengan cara adat iaitu disemadikan di atas pokok di tengah hutan.

Artikel Berkaitan: