Pusat Operasi Bateq masih dibuka

Mohd Taufik Maidin. Gambar kecil: Laporan Sinar Harian semalam.
A
A

GUA MUSANG - Pusat Operasi Bateq di Kuala Koh masih beroperasi walaupun kesemua mayat 12 suku kaum orang asli Bateq dibawa keluar dari perkampungan mereka termasuk lapan mayat terakhir semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, pusat berkenaan masih beroperasi dan pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya untuk tindakan susulan.

"Buat masa ini operasi ditangguhkan namun pusat operasi masih dalam keadaan bersedia. Kita tunggu arahan lanjut untuk tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, lapan mayat terakhir orang asli Bateq yang dipercayai mati secara misteri dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Gua Musang.

Mayat pertama dibawa keluar antara jam 1.30 petang sehingga yang terakhir pada jam 6.40 petang semalam.

Lapan mayat itu dipercayai Puspa Lie, 5; Amir Lie, 1; Haikal Rahim, 20; Farah Rahim, 32; Jais Keladi, 55; Laila Hamdan, 20; Mohd Saleh Khaizan, 1 dan Jelik Jong.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia