Umie Aida, Erra Fazira tampil bersemuka

No Image Caption
A
A
A

AKHIRNYA dua aktres tersohor yang kini sedang dilanda krisis, iaitu Datin Sri Umie Aida dan Erra Fazira bersemuka untuk menyelesaikan masalah mereka yang sebelum ini hangat diperkatakan media sosial.

Menerusi perkongsian di Insta Stories milik Umie, pelakon filem Dukun ini telah memuat naik dua video terbaharu yang merakamkan detik pertemuannya dengan Erra.

Pada video bertarikh 14 Jun itu, kedua-dua sahabat baik ini dilihat sedang berbincang dan kemudiannya Umie memeluk Erra yang kelihatan dalam keadaan sebak dan bersedih.

No Image Caption

“Semua orang salahkan aku kerana tak maafkan dia. Ya Allah...” luah Umie pada video pertama yang dikongsikan dan dipercayai merujuk kepada krisisnya dengan Erra Fazira.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh mengkhianati sahabat, Erra Fazira mohon maaf

Dalam pada itu, Umie juga mengharapkan agar warganet tidak lagi bercakap mengenai isu tersebut.

“Sekian terima kasih.. dan harap netizen tak bercakap isu ini lagi. Semoga kita semua di dalam rahmat-NYA. Amin..” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Jumaat lalu Erra membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Umie di laman Instagramnya dan mengakui telah mengecewakan sahabat baiknya itu.

Diharapkan dengan perkembangan terbaru ini, segala permasalahan yang berlaku antara mereka dapat diselesaiakan dengan sebaiknya.