Nik Omar mulakan tugas sebagai YDP Yadim

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu, Nik Omar Nik Abdul Aziz (kanan) dan Timbalannya, Zolkharnain Abidin mengetip kad perakam waktu bagi memulakan tugas secara rasmi hari ini. Foto: Bernama
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu, Nik Omar Nik Abdul Aziz (kanan) dan Timbalannya, Zolkharnain Abidin mengetip kad perakam waktu bagi memulakan tugas secara rasmi hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu Nik Omar Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Zolkharnain Abidin memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Pada hari pertama mereka, Nik Omar dan Zolkharnain diberi taklimat mengenai badan dakwah itu oleh Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan Yadim, Redhaudin Kamaruzaman dan Pengurus Besar Operasi, Mohd Fuad Samsudin.

Pelantikan Nik Omar dan Zolkharnain diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf pada 14 Disember lalu.

Menurut Yadim dalam kenyataan hari ini, Nik Omar merupakan Yang Dipertua yang ke-13 sejak badan dakwah itu ditubuhkan pada 1974. Beliau menggantikan Dr Yusri Mohamad yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Oktober lalu.

Yadim merupakan sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab kepada Perdana Menteri. Ia ditubuhkan sebagai sebuah badan yang bertindak bagi menyelaras aktiviti serta program dakwah terutamanya oleh badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: