Kuala Koh diisytihar sebagai zon merah

Anggota keselamatan mengawal laluan masuk ke Kuala Koh di Aring 10 di Gua Musang. - Gambar kecil: Hasanuddin Hassan
Anggota keselamatan mengawal laluan masuk ke Kuala Koh di Aring 10 di Gua Musang. - Gambar kecil: Hasanuddin Hassan
A
A
A

KOTA BHARU - Polis sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak sesekali mencuba memasuki kawasan yang diisytiharkan zon merah di Kuala Koh, Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, status kawasan tersebut diumumkan sebagai zon merah berdasarkan keputusan dibuat melalui perbincangan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Berdasarkan Majlis Keselamatan Negara, Arahan 20 ada dinyatakan bahawa seandainya berlaku di satu-satu kawasan contohnya boleh mencetus dan merebaknya satu virus, ia adalah lingkaran zon merah (bahaya). Kes di Kuala Koh kita anggap sebagai zon merah sebab kita tidak tahu sama ada kematian disebabkan air atau wabak.

“Zon merah ini adalah kawasan sekitar perkampungan Kuala Koh menempatkan orang asli Bateq. Saya nasihatkan masyarakat sekitar apabila diumumkan sebagai kawasan zon merah. Janganlah cuba hendak masuk,” katanya kepada media selepas menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Bermula semalam, laluan masuk ke penempatan orang asli di Kuala Koh ditutup kepada orang ramai.

Larangan memasuki kawasan jalan di Aring 10 di Kuala Koh itu bukan hanya kepada penduduk tetapi juga pengamal media, orang awam serta pegawai dari pelbagai agensi untuk mengelak jangkitan.

Hanya agensi yang terlibat dengan operasi mengesan kubur 12 orang asli disemadikan secara adat sahaja dibenarkan masuk.

Artikel Berkaitan: