Kutipan sampah meningkat musim perayaan

Rozali (tengah) membuang sampah mengikut tong khas yang disediakan untuk pengasingan sisa di punca yang disediakan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KADUN Jawi.
Rozali (tengah) membuang sampah mengikut tong khas yang disediakan untuk pengasingan sisa di punca yang disediakan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KADUN Jawi.
A
A
A

JAWI - Penduduk di Seberang Perai diminta mengurangkan pembuangan sampah dan sisa makanan sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Datuk Sr Rozali Mohamud berkata, sepanjang seminggu sambutan Aidilfitri sebelum ini, pihaknya mendapati terdapat peningkatan jumlah kutipan sampah sehingga 40 peratus berbanding pada hari biasa.

Menurutnya, keadaan itu bukan sesuatu yang baik dalam menjadikan kawasan Seberang Perai sebagai sebuah bandar cantik dan bersih.

"Bermula pada sehari sebelum sambutan Aidilfitri, MPSP telah memungut sebanyak 1,250 tan sampah sehari berbanding 850 tan sampah pada hari biasa.

"Tambahan pula sepanjang sebulan musim perayaan ini banyak pihak yang akan mengadakan majlis rumah terbuka dan kita jangkakan penjanaan sampah dan sisa buangan akan meningkat," katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Kawasan DUN Jawi di sini kelmarin.

Rozali berkata, banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan penjanaan sampah di kawasan Seberang Perai termasuk proses pengkomposan sisa makanan.

Katanya, antara kaedah yang paling mudah untuk dilakukan adalah penduduk menanam sisa makanan atau organik ke dalam tanah untuk dikomposkan.

Selain itu, beliau turut meminta masyarakat mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan hanya membuang sampah yang tidak boleh dikitar semula sahaja.

Artikel Berkaitan: