Karak sesak, Lebuhraya PLUS perlahan

SESAK ... Aliran trafik Plaza Tol Gombak menuju ke arah Ibu Kota bergerak perlahan berikutan orang ramai sudah mula pulang dari kampung halaman mereka sempena cuti Hari Raya ketika tinjauan hari ini.- Foto Bernama
SESAK ... Aliran trafik Plaza Tol Gombak menuju ke arah Ibu Kota bergerak perlahan berikutan orang ramai sudah mula pulang dari kampung halaman mereka sempena cuti Hari Raya ketika tinjauan hari ini.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di dua lebuh raya utama petang ini dilapor perlahan dengan Lebuhraya Karak dilapor sesak berikutan aliran kenderaan yang tinggi.

Maklumat daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menunjukkan, trafik sesak di persimpangan Karak sehingga ke Plaza Tol Gombak sejak pukul 5.25 petang tadi.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan berkata, semua kenderaan berat dilarang memasuki Lebuhraya PLUS pada hari ini dan esok selaras dengan arahan larangan Kementerian Pengangkutan.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Zakaria Ahmad Zabidi dalam kenyataan itu berkata, langkah itu diharap membantu mengurangkan kesesakan terutama di laluan-laluan mendaki.

Pergerakan trafik dari utara ke Kuala Lumpur adalah perlahan di Seberang Perai, Taiping ke Changkat Jering serta di kawasan mendaki dari Terowong Menora ke Ipoh, katanya.

Pergerakan trafik turut perlahan di laluan mendaki di Gua Tempurung, Tapah ke Sungkai dan Bukit Tagar ke Sungai Buaya.

Di sebelah selatan, trafik yang menghala ke Kuala Lumpur bergerak perlahan ke Sedenak, Senai dan Simpang Renggam ke Ayer Hitam. Trafik turut bergerak perlahan di laluan mendaki antara Pedas Linggi dan Port Dickson.

Beberapa kemalangan yang berlaku turut menyumbang kepada kesesakan apabila orang ramai memperlahankan kenderaan untuk melihatnya, antaranya di KM102.6 arah utara dari Yong Peng ke Pagoh dan KM206.7 arah utara dari Changkat Jering ke Taiping.

Artikel Berkaitan:

PLUS menasihatkan semua pemandu supaya mendapatkan rehat yang cukup dengan berhenti rehat setiap dua jam di kawasan rehat yang disediakan di sepanjang lebuh raya.- Bernama