Hari ke-9 Ops Selamat 15/2019 catat 159 kematian

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ops Selamat 15/2019 hari ke-9 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dilancarkan sejak 29 Mei lalu merekodkan 159 kematian.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mengikut laporan statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), sebanyak 14,793 kemalangan dicatatatkan di seluruh negara.

Menurutnya, daripada jumlah itu, negeri Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 26 kes, diikuti Johor (24), Kedah (16), Perak (15), Pahang, Sabah, Sarawak (12), Kelantan (11), Negeri Sembilan (9), Terengganu (7), Pulau Pinang (5), Perlis dan Melaka (4) dan Kuala Lumpur (2).

“Sebanyak 20,903 kenderaan terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan 149 daripadanya merupakan kemalangan maut.

"Statistik turut menunjukkan, sejumlah 197,541 saman dikeluarkan daripada 2,610 operasi yang telah dijalankan seluruh negara setakat semalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas berhubung kejadian jenayah kes pecah rumah, beliau berkata, sebanyak 380 kes dilaporkan di seluruh negara.

"Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 94 kes, diikuti Sabah (37), Sarawak (36), Kuala Lumpur (33), Perak (32), Johor (24), Pulau Pinang (23), Negeri Sembilan (22), Pahang dan Kelantan (21), Kedah (20), Melaka (8), Terengganu (6) dan Perlis (3)," katanya.

Artikel Berkaitan: