Aliran trafik meningkat di beberapa lebuh raya utama

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama didapati meningkat petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, sehingga 4.30 petang ini aliran trafik tinggi di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), USJ menuju ke Bandar Saujana Putra.

“Selain itu, aliran trafik juga masih tinggi dari Tapah menuju ke Gopeng manakala trafik perlahan selepas Terowong Menora menuju ke Sungai Perak,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

"Trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dari MRR2 dan sibuk sebelum keluar Plaza Tol Bentong arah timur,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan: