Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama

A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor masih lancar setakat 10 malam ini, berikutan orang ramai belum mula pulang ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian selatan dilapor lancar dari Simpang Ampat, Melaka menuju ke arah Pedas Linggi hingga ke Port Dickson; Ayer Hitam ke Machap; dan Sedenak ke Senai.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

"Sekitar Plaza Tol Gombak terdapat pertambahan trafik namun aliran trafik masih lancar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia