Solat Isyak di masjid Puncak Alam kena qada semula

Rakaman video disiarkan media tempatan mengenai kekhilafan imam melangkau ayat keenam dalam surah al-Fatihah yang tular dalam media sosial.
Rakaman video disiarkan media tempatan mengenai kekhilafan imam melangkau ayat keenam dalam surah al-Fatihah yang tular dalam media sosial.
A
A
A

PUNCAK ALAM – Masjid Puncak Alam menyarankan ahli kariah yang menunaikan solat isyak berjemaah pada malam Isnin lalu supaya menggantikan semula solat itu.

Pengurus Masjid Puncak Alam, Zainal Abidin Sulaiman berkata, pengumuman itu dibuat di masjid malam kelmarin selepas dimaklumkan mengenai kesilapan bacaan surah al-Fatihah.

Menurutnya, pihak masjid turut merujuk perkara ini kepada Jabatan Mufti Selangor susulan kesilapan bacaan surah dan dinasihatkan supaya solat itu diqada semula.

“Sebab itu pihak masjid buat pengumuman untuk maklum kepada semua memandangkan yang solat di sini ramai.

“Kita bukannya nak salahkan sesiapa dan imam tertinggal satu ayat dalam surah al-Fatihah ini bukannya leka cuma kadang-kadang pun boleh tersilap,” katanya.

Zainal Abidin menyifatkan penularan mengenai pengumuman itu melalui media sosial mungkin insiatif individu tertentu untuk hebahan kepada rakan-rakan.

“Sebenarnya pihak masjid tiada buat hebahan melalui WhatsApp kerana buat pengumuman di masjid.

“Mungkin ada rakan yang bantu hebah sehingga jadi tular,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Bekas Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Selangor itu turut bimbang jika ada hebahan yang tular itu menimbulkan perspektif negatif terhadap pihak masjid.

“Saya bimbang kalau ada perkara lain yang boleh menjejaskan imej masjid ini dan berharap tiada niat sedemikian.

“Saya tidak menafikan memang kesilapan ini terjadi dan terkadang boleh terjadi akibat terlangkau dengan tak disedari,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video mengenai kesilapan pada bacaan surah al-Fatihah selepas terlangkau ayat keenam daripada tujuh ayat dalam surah terbabit.