Nelayan jumpa mayat terapung di Sungai Kelantan

 Sungai Kelantan
Sungai Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Mayat seorang lelaki yang sudah berbau ditemukan terapung di Sungai Kelantan awal pagi tadi oleh seorang nelayan.

Difahamkan, mayat yang tidak dikenali itu ditemukan oleh nelayan sungai yang turun mengangkat bubu ikan berhampiran sungai di Kampung Kutan, Tumpat, pada jam 6.45 pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mahadi Alwi berkata pihak bomba menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada jam 10.30 pagi.

Beliau berkata sembilan anggota dikejarkan ke lokasi.

"Pihak bomba mendapati terdapat satu mayat dalam keadaan terapung berhampiran jeti di Pasir Pekan yang dijumpai oleh nelayan sungai di situ.

"Kami menyerahkan mayat berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!