Geran RM3 Juta untuk usahawan kecil di Negeri Sembilan

Rafie
Rafie
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan melalui Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada Disember 2018 telah memutuskan untuk menyediakan geran berjumlah RM3 Juta untuk usahawan kecil di Negeri Sembilan.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, sebuah Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan telah ditubuhkan.

"Pejabat Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) telah diamanahkan untuk memproses permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan.

"Kita menyasarkan sejumlah 1,000 permohonan dengan setiap pemohon akan memperoleh geran berjumlah RM3,000 di mana RM 2,000 adalah peruntukan pembelian barangan keperluan perniagaan manakala RM1,000 adalah untuk dana modal pusingan.

"Kerajaan negeri telah dimaklumkan oleh ramai pemohon bahawa untuk penyediaan sebut harga untuk pembelian barangan keperluan perniagaan, pembekal-pembekal telah mengenakan bayaran sebanyak RM50-RM100 untuk satu sebut harga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius manipulasi untuk mengenakan bayaran terhadap sebut harga yang diminta oleh peniaga-peniaga kecil daripada pembekal-pembekal.

"Justeru mulai hari ini, kesemua permohonan untuk pembelian barangan keperluan perniagaan tidak lagi diperlukan sebut harga dari pembekal dan hanya memadai dengan anggaran kos barangan tersebut.

"Bagaimanapun, usahawan-usahawan kecil yang berjaya perlu mengepilkan resit rasmi pembelian barang setelah permohonan mereka diluluskan," katanya.

Artikel Berkaitan: