Suasana pilu selubungi jeti nelayan Ayer Baloi

Ahli keluarga tidak dapat menahan sebak ketika mayat dibawa naik ke jeti.
Ahli keluarga tidak dapat menahan sebak ketika mayat dibawa naik ke jeti.
A
A
A

PONTIAN - Suasana pilu dan hiba menyelubungi jeti nelayan Ayer Baloi tengah hari ini apabila mayat salah seorang mangsa yang hilang selepas turun ke laut sejak tiga hari lalu, ditemui dan dibawa ke jeti terbabit.

Kelihatan ramai ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan hadir memenuhi kawasan jeti sejak awal pagi.

Kawasan jeti dipenuhi ahli keluarga mangsa yang setia menunggu sejak awal pagi.
Kawasan jeti dipenuhi ahli keluarga mangsa yang setia menunggu sejak awal pagi.

Ketika mayat dibawa naik ke jeti kira-kira jam 12 tengah hari tadi, ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga terpaksa ditenangkan.

Khamis lepas, kedua-kedua nelayan, Mohd Yusni Mohd Yusof, 43, dan sepupunya, Mohd Khair Ismail, 38, pergi ke perairan Pulau Pisang tersebut untuk menjaring ikan dan tidak pulang semula ke rumah masing-masing.

Ahli keluarga hadir ke jeti nelayan Ayer Baloi sedih menerima berita penemuan mayat mangsa.
Ahli keluarga hadir ke jeti nelayan Ayer Baloi sedih menerima berita penemuan mayat mangsa.

Keluarga mereka yang bimbang dengan keadaan tersebut membuat laporan polis keesokan harinya, sebelum operasi SAR digerakkan melibatkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba, Pasukan Polis Marin dan nelayan setempat.

Artikel Berkaitan: