110 kanak-kanak dapat baju raya

Fuziah bersama Yusserie dan Suhaimi bergambar dengan anak-anak asnaf sebelum memulakan pembelian baju raya di Pasaraya Hari-Hari, semalam.
Fuziah bersama Yusserie dan Suhaimi bergambar dengan anak-anak asnaf sebelum memulakan pembelian baju raya di Pasaraya Hari-Hari, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 110 kanak-kanak asnaf di sekitar daerah Kuantan berpeluang memilih pakaian baharu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata projek Baju Raya anjuran Pejabat Ahli Parlimen Kuantan dengan kerjasama Alumni Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Pertubuhan Ikram Pahang bertujuan meringankan beban golongan kurang bernasib baik.

Menurutnya, penerima berusia lima hingga 17 tahun yang terpilih menerima baucar bernilai RM100 setiap seorang.

"Kita bekerjasama untuk membantu menceriakan sambutan hari raya mereka. Diharap bantuan ini dapat menambah keperluan mereka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Projek Baju Raya dan Penyerahan Baucar di perkarangan pusat Pasaraya Hari-Hari, semalam.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof Datuk Yusserie Zainuddin dan Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Pahang, Suhaimi Mohd Aripin.

Dalam pada itu Fuziah berkata pihaknya menerima banyak lagi permohonan bantuan di bawah Parlimen Kuantan.

"Saya tahu ramai lagi yang perlukan bantuan dan kita sedang mengusahakan pengumpulan dana dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Artikel Berkaitan:

"Kita buka ruang kerjasama dengan sesiapa sahaja dalam memastikan golongan yang memerlukan menerima perhatian sewajarnya," katanya.