Kes lama rupanya

Tular mengenai kes rogol baru-baru ini.
A
A

SHAH ALAM - Sejak semalam orang ramai dikesan berkongsi maklumat kes rogol membabitkan seorang penuntut disamun dan dirogol seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Bagaimanapun, maklumat kes membabitkan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) yang dikongsi dan disebar itu sebenarnya berlaku pada dua tahun lalu.

Ketika kejadian mangsa dikatakan baru turun dari bas di perhentian bas Seksyen 7 di sini sebelum diacukan pisau di perut dan diheret masuk ke dalam sebuah kereta lalu dirogol.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, setakat ini tiada sebarang laporan diterima berkaitan kes rogol.

"Kita percaya apa yang ditularkan ini adakah kes lama. Jadi kita minta penyebaran berita ini dihentikan kerana ia akan menimbulkan kerisauan kepada orang ramai," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.