Lelaki maut ditetak depan pub

Kesan darah di lokasi mangsa dipercayai diserang dan ditetak empat lelaki bersenjatakan parang.
Kesan darah di lokasi mangsa dipercayai diserang dan ditetak empat lelaki bersenjatakan parang.
A
A
A

IPOH – Seorang lelaki maut selepas mengalami cedera parah akibat ditetak dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan di hadapan sebuah pub di Bandar Baru Medan Ipoh, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun bekerja sebagai pemandu dipercayai diserang empat lelaki bersenjatakan parang.

Mangsa yang beralamat di Lebuh Sungai Senam Taman Ipoh meninggal dunia ketika dimasukkan ke Zon Merah Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, pergaduhan dipercayai bermula dalam pub sebelum berlarutan hingga luar pub.

“Kejadian berlaku semasa mereka berhibur dan mabuk. Pergaduhan berlarutan hingga ke kawasan luar pub melibatkan penggunaan senjata parang,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan tetakan pada tubuh mangsa.

Katanya, polis kini sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes terbabit.

Artikel Berkaitan:

“Siasatan masih diteruskan berhubung motif sebenar kejadian dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya.